Kenapa wanita wajib meminta izin suami kalau hendak berpuasa sunat, padahal suaminya tiada di rumah?
Jawapan:
Puasa sunat pada dasarnya untuk semua umat Islam. Sama ada lelaki atau wanita, mereka digalakkan melakukan ibadah itu. Tetapi kita perlu ingat sesuatu yang sunat boleh menjadi wajib dan boleh menjadi haram mengikut keadaan tertentu. Contoh yang mudah ialah; puasa sunat kalau dinazar maka puasa sunat itu menjadi wajib.
Berbalik kepada persoalan di atas, mengapa perlu minta izin suami untuk puasa sunat, maka jawapan mudahnya adalah kerana rasulullah melarang. Hadis daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda: “Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri daripada hasil usaha suaminya tanpa perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Riwayat Muslim)
Tetapi kalau dinilai di sudut hikmah dan fasafahnya adalah untuk keharmonian rumah tangga. Bayangkan kalau suami baru balik daripada musafir yang panjang, tiba di rumah jam 12 tengah malam. Keesokan paginya suami tidak bekerja, cuti ganti. Kebetulan esoknya hari khamis yang disunatkan berpuasa, wajarkan isteri itu berpuasa?
Di sinilah perlunya dia meminta izin suami untuk berpuasa walaupun sudah menjadi kelaziman berpuasa. Kenapa?
1. Suami tidak bekerja pada siang hari, tentu dia perlukan layanan isteri. Memang menjadi kewajipan isteri melayan suaminya. Terutama jika dia perlukan layanan seks, dia wajib memberinya.
2. Kalau dia berpuasa, tentu dia kena batalkan pula. Tentu tidak wajar ibadah yang telah diniatkan kemudian dibatalkan pula. Patutkah kita bermain-main dengan Allah? Walaupun boleh membatalkan puasa itu tetapi kita sudah tidak berakhlak dengan Allah.
3. Katalah dia berpuasa sedangkan suami berhajat kepadanya. Tetapi demi menghormati kehendak isteri, dia terpaksa menahan nafsunya. Keadaan ini menjadikannya menyeksa suaminya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan