Sabtu, 30 Julai 2011

Cara qada puasa yang tertinggal

Orang yang meninggal puasa tahun lalu, dia wajib menqada puasa dengan segera. Persoalannya adakah perlu mereka membayar fidyah pada hari-hari mengqada puasa tersebut.

Jawapan: Puasa wajib dilakukan oleh semua umat Islam yang baligh. Mereka yang meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah, telah melakukan dosa. Hal ini berbeza dengan orang yang dalam musafir, sakit tua, wanita mengandung, atau menyusukan anak, dibenarkan tidak puasa. Maka mereka dalam keadaan itu tidak berdosa.
Walau bagaimanapun mereka yang meninggalkan puasa sama ada dalam kategori berdosa atau tidak, tetap wajib menggantikannya pada hari-hari selepas Ramadan sebelum tiba Ramadan tahun hadapan. Sungguhpun begitu, dengan qada puasa itu tidaklah menghapuskan dosa meninggalkan puasa. Tapi kalau dia tidak mahu qada maka bertambahlah dosanya. Perlu dijelaskan di sini, hukum menyegerakan qada adalah wajib.
Di sini kalau seseorang itu gagal menghabiskan qada puasanya sebelum tiba Ramadan yang baru, dia dikira berdosa. Maka dia masih wajib mengqada yang bakinya. Oleh sebab qada puasanya sudah melangkau ke tahun lain maka dia wajib membayar fidyah dengan satu cupak beras untuk satu hari yang ditinggalkan. Maknanya kalau sepuluh hari yang ditinggalkan, maka 10 cukup beras yang perlu dikeluarkan. Beras itu hendaklah diberikan kepada fakir miskin sahaja. Menyedari keadaan itu janganlah melambatkan qada puasa.

1 ulasan:

  1. Saya tak pasti berapa banyak hari saya pernah tinggalkan puasa pada tahun-tahun lepas. Bagaimana cara nak qada qada dan bagaimana cara nak bayar fidyah? 1 cupak bersamaan berapa kilogram? Bolehkah 1 cupak beras diagantikan dgn nilai Ringgit

    BalasPadam